Friday, 20 November 2015

Officially graduate

Assalamualaikum, result akhir dah keluar semalam. wehuuuu. Dan budak kelas aku semua lulus penuh yeayy boleh konvo sama-sama. Benda yang memang diimpikan dari awal masuk belajar dulu lagi dan memang penasihat akademik kitorang harap perkara yang sama iaitu konvo sama-sama. hewhew. Lega wehh bila classmate semua dah berjaya. Tapi macam terkilan sikit, memanglah result yang aku target aku dapat, tapi aku terkilanlah dengan result project 2 aku. Project kitorang dapat masuk peringkat akhir tau, inovasi wakil jabatan kejuruteraan elektrik. Memang dah termaktub sesiapa je yang project dia dapat masuk peringkat inovasi ni akan dapat A+ untuk project. Sebab memang dah kira menang jabatan. Tapi penyelia aku punyalah kedekut nak mampus berkira sangat, dia tak bagi A+ pun. Aku terkilan sampai macam nak menangis, penat kot. Masuk inovasi ni kena paksa tau, sebab kitorang penat sangat hari tu macam nak tolak tawaran tu. Buruk result aku. Orang yang tak masuk inovasi pun dapat A+. Apa yang susah sangat nak ikut syarat yang memang dah ditetapkan masuk inovasi dapat A+. Tak susah pun. Sedihlah. kitorang susah payah harumkan nama penyelia bukan dia membantu sangat pun project ni, dapat nama jugak. Bukan nak hargai pun. hmmm. kecewa sangat sampai penasihat akademik aku pun marah dengan penyelia. Okay dah tutup cerita ni.


Haa ni baru nak baling kertas. Last paper tapi tak semua ada, hmm menyampahlah wani dah balik masa ni family dia datang awal, syairah ada kerja lain pastu tinggal 3 orang je. Yang tolong tangkap gambar kitorang ni zizan classmate kitorang. hewhew. Nasib baik dia ada. Macam banyak kali jugak try tak jadi, ni gambar atas gambar tak jadi tapi tak kira nak masukkan jugak. tehee. Perancangan aku lepas ni, aku nak sambung belajar lagi, peringkat ijazah pula. Tapi tak tahulah dapat ke tak ni harapnya dapatlah sambil mohon kerja jugak, tunggulah rezeki dekat mana tapi usaha tu penting. Selasa ni 24 nov ada kursus dekat ericsson shah alam, kolabrasi dengan politeknik seluruh malaysia. hewhew. Walaupun dah habis belajar tapi ada lagi program dengan politeknik. Tak sabar nak pergi nak jumpa housemate, rindulah. Paling penting program ni ada sijil dan dapat duit. kahkah. 


Kenapa jubah aku macam tu. Kelakarlah. haha. Kalau aku tahu jadi macam ni aku pakai baju kurung hmm. Dengan keluarnya keputusan peperiksaan semalam, maka berakhirlah sesi pengajian aku selama 3 tahun di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. wuhhuuu clap clap clap. well done! hahahaha. Padahal tengah menangis ni depan laptop, rinduuu semua tentang Dungun. kahkah. Tak sabar konvo tahun depan huhu dah tahu dah dekat mana nak photoshoot kahkah. Tapi nak kena kurus dulu ni sebelum konvo, macam nak muntah je bila sebut "nak kena kurus" sebab memang tak pernah menjadi. pffft.


Rinduuu ! hmmm. 

bye

18 comments:

  1. Dah graduated yer.... selamat maju jaya sis di masa hadapan..... akak lum pernah pergi lagi uniza ni....

    ReplyDelete
  2. tahniah! dalam gembira mesti sedihkan nak grad...
    gembira sebab dah habis, sedih sebab berpisah dengan kawan2..
    ^_^

    ReplyDelete
  3. Tahniah dear ;)

    Jemput join giveaway mudah CN ye : http://www.cekgunorazimah.com/2015/10/giveaway-cinta-by-cn.html

    ReplyDelete
  4. Tahniah.. semoga apa yang una belajar boleh dipraktikkan di alam pekerjaan lepas nie

    ReplyDelete
  5. geram lak klu dpt penyelia mcm 2.. huhuhu

    but tahniahhhhh... pasni sambung la study... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram sangat tp dah tak boleh nak buat apa, redha jelah. Insya Allah kalau dapat memang nak sambung, tgk la rezeki mcm mana, hihi. btw thanks singgah :))

      Delete
  6. tahniah~ kenapa mcm cntek jer pintu gerbang poli ni? ;p

    ReplyDelete
  7. nice view.. tahniah. all the best for your future

    ReplyDelete