Assalamualaikum
Masuk hari ni dah lebih kurang dua minggu aku menamatkan pengajian diploma selama 3 tahun di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun. Banyak benda aku belajar selama 3 tahun disini. Banyak sangat. Aku kenal ramai orang, aku belajar untuk jadi lebih kuat untuk meneruskan masa depan aku, aku kenal siapa sebenarnya kawan, aku belajar menghargai setiap kenangan, aku belajar cara berkawan walaupun tak pandai sangat pilih kawan, aku tahu cara sayang kawan-kawan aku . hiks, Banyak sangat. 3 tahun tu tak lama sebenarnya. Tak cukup pun. Dengan pensyarah yang baik gila pastu suka buat lawak. Ingat senang ke nak jumpa yang macam tu. hmm Sekejap sangat 3 tahun tu, sekejap sangat-sangat. Selama 6 semester aku dekat PSMZA ni, baru semester 6 aku dapat kenal kawan-kawan aku dengan lebih dekat, tak sangka jumpa yang sekepala. Pastu duduk satu rumah. Seronok sangat-sangat. Rumah sewa tu pun, dari semester 2 aku sewa dekat situ. Aku dengan Jaa je yang kekal dari semester 2, Syairah masuk masa semester 3 sampai semester 6. Semester 6 tambah lagi 2 orang classmate aku jugak, Wani dengan Faten. Baru kenal betul-betul macamana kawan.
Kitorang dari semester satu bukan terus rapat, banyak kali jugak bergaduh tak puas hati dengan classmate tapi tak lama pun. haha. Pastu housemate pulak aku tak pernah jumpa lagi kawan macam ni, yelah aku tak banyak kawan. hewhew. Housemate ada yang jenis mulut lepas kalau tak puas hati cakap terus terang, pastu ada yang suka lawan mulut tau bising gila kalau bergaduh, tapi benda tu sekejap je. Pastu macam biasa balik. kahkah. Paling lama pun kalau bergaduh sehari je, tak pendam. Buang semua sebab kalau pendam tak dapat hasil pun. kahkah. Best gila kawan macam ni. Bila masak dekat dapur tu kecoh gila lagi-lagi bila Faten dekat dapur kecoh tau cari garam, bawang ke cili ke tak jumpa, bingit. Tapi kelakar. Tapi kalau memasak berjemaah lagi bising. hahaha. Aku selalu memasak dengan Syairah, sebab citarasa macam lebih kurang sama. Tak suka pedas sangat, tapi nak pedas. Kalau Faten masak pedas gila nak mati aku makan sampai keluar air mata. pheww. Jaa pulak pandai gila memasak. Tapi dia jarang masak sekali sem ni sebab dia buat diet atkins pastu banyak kali pulak tu buat induction ahahahah. Buat tak sampai 2 minggu, surrender. Pastu buat lagi . kahkah. Tak ada pulak cerita pasal Echa sebab tak satu rumah dengan dia, tapi kalau nak buat lawak cari dia, sebab dia spesis mudah terhibur. Kalau gelak tak tahu nak berhenti. kahkah.
Biasanya hujung minggu aku dengan Jaa mesti balik, setiap semester memang selalu. Tapi sebulan menghadapi final setiap semester aku takkan balik sebab nak study. Dah tahu kalau dekat rumah tak mungkin langsung aku akan study dengan keadaan sekeliling yang tak membantu langsung. hewhew. Macam sekaranglah, si bongsu tu menangis bising gila bergaduh dengan abang dia, sakitnya hati. hergh. Okay sabar. Kadang ada jugak hujung minggu aku tak balik, sebab bosan dekat rumah takde buat apa jugak. Kalau tak balik, hari khamis mesti pergi pasar malam dengan housemate. Best gila banyak makanan dan murah. Alaa, rindunya. hmmm. Masuk semester 6 ni banyak pulak resepi baru yang aku belajar, itu yang best sebenarnya. Belajar memasak, belajar siang ikan. kahkah. Pastu classmate aku ada sorang dari Bentong, pahang. Tiap kali dia balik kampung, mesti tapaukan ikan patin masak lemak tempoyak untuk kitorang sebab awek dia housemate aku. Sedap gila. Pastu aku rindu jugak nak study dengan Faten, dengar cerita dia yang memang banyak cerita tu, pastu kalau stress study tidur dengan dia dekat ruang tamu. haha. haih. hoii siapa hiris bawang malam-malam ni! tsk tsk. lain kali sambung cerita lagi. Pheww esok result keluar wehh. Sebenarnya tengah malam ni dah boleh check. Harap semua baik-baik saja. okaylah, goodnight :)
faham sanagt situasi dimana bila kita dah study sesama, then tiba masa dah habis. rindu tu
ReplyDeletememang rindu sebab lepas ni memang takkan dapat lagi pengalaman macam ni. huhu
Delete