Monday, 9 March 2015

Cinta Pandang Kedua ku

Eh malam ni tiba-tiba pulak tak mengantuk seperti sedia kala. Baru sahaja selesai menyiapkan assignment IC packaging tatkala housemate sedang nyenyak tidur dibuai mimpi indah. Phew. Lega. Dapat siapkan sebab lecturer suruh submit esok. hiks. Hmm hmm. Hati tiba-tiba rasa macam nak meluahkan pula malam ni. hewhew. Tahulah tak ada orang nak baca pun tapi nak juga luah semua. Okay, mari mula.

Pernah tak tengok cerita 'A Crazy Little Thing Called Love'? Alaa, cerita Thai tuh. Best tau cerita dia, kelakaulakau nak nak cikgu dia tuh. Bahaha. Banyak kali aku ulang tengok cerita tuh, tengok dengan kawan lagi best. Yelah, cerita kelakar tengok sorang-sorang mana best, kena ketawa sorang-sorang tak bestlah kan. Tapi dalam kelakar ada sedihnya jugak, tu kena tengok sendirilah. Takkan aku nak kena cerita satu-satu kan. hurm.

Jalan cerita dia macam ada sikit persamaan dengan kisah aku zaman sekolah dulu tau. Bahaha. Sebabnya, dulu aku pernah suka dekat seseorang ni tapi pendam sorang-sorang. tsk. Cerita ni bermula waktu aku tingkatan 2, tiba-tiba nampak budak ni aku namakan A lalu depan mata, berbual dengan kawan dia. Sebaya dengan aku tapi tak sekelas dan aku belajar sesi petang, dia sesi pagi. Sekolah aku dulu kalau tingkatan 1 dengan 2 ada 2 sesi sebabnya tak cukup kelas. Kelas setiap tingkatan ada 9 kot kalau tak silap, jadi kelas pertama hingga keempat sesi pagi, selebihnya petang. Aku kelas kelima. sobs. yelah, aku bukan budak pandai, UPSR 2A je pun T_T panjang betul penerangannya. Okay, waktu dia lalu depan aku tu, terus jatuh hati dekat A. Bahaha. A tu budak femes jugaklah zaman sekolah dulu sebab dia aktif kokurikulum, juga tinggi dan berkulit cerah. Kalau sebut nama dia je, mesti orang kenal. Siapalah aku nak suka-suka dekat dia kan T_T Waktu tu juga, aku dah ada pakwe, bahaha. Tingkatan dua gatal sangat nak berpakwe. Tapi sebenarnya bukan pakwe sangat pun, kira macam kawan lelaki paling rapat. Jadi perasaan aku dekat A terpaksa dipendam. A waktu tu dah ada kekasih, muda setahun dari dia, budak baru dekat sekolah tu tapi takdelah cantik sangat. Bahaha. Tapi budak baru kan, haruslah hot. Budak tu tinggi, aku pendek je, jadi rasa tergugat tu haruslah ada T_T

Tak lama pun diorang couple, tingkatan 3 putus tak tahu punca, dan hatiku terus berbunga. Bahaha. Tapi kan, waktu tingkatan 3 tu A pernah tegur aku. Wah. Waktu tu dekat perpustakaan sedang aku sibuk cari resepi ayam masak paprik dalam majalah apa tah, tiba-tiba ada buku jatuh sebelah aku. Pastu seorang jejaka tersengih sambil berkata "tolong ambilkan buku tu" berserta dengan senyuman yang agak manis. Aku syak dia sengaja jatuhkan buku tu, taktik. Terus aku buat muka pelik padahal dalam hati berbunga riang. hewhew. Sambil-sambil buat muka pelik, ambil buku tu bagi dekat A. Dia pun tanya nama aku dengan kelas apa. kuangjaq tau dia tu, padahal waktu tingkatan 3 tu kelas aku sebelah kelas dia je pun, takkan tak pernah nampak. Nak pergi kantin wajib lalu depan kelas dia. huh. Eh, lupa aku tak cantik mana nak pandang. bahaha. Lepas cerita dekat perpustakaan tu, dia selalu juga masuk dalam kelas aku waktu rehat, senyum-senyum pastu panggil aku, tapi aku buat tak tahu jelah sebab kan masa tu aku ada pakwe. buduss sangat aku dulu.

Tingkatan 4 pulak aku sekelas dengan A! bahaha. Kelas akaun. Terkejut jugak waktu cikgu bahagikan kelas, malu pun ada. Tapikan, waktu tu A dah ada kekasih baru, sekelas juga. Dan kekasih dia tu kawan aku sekolah rendah dulu. haih. Nasib tak menyebelahi sungguh. Suatu hari, seminggu selepas orientasi tingkatan 4, cikgu matematik tambahan buat test mengejut. Sebab nak ubah kelas balik. Kelebihan aku masa tu dalam subjek matematiklah. Aku dapat markah antara tertinggi jugaklah, cikgu suruh aku pilih nak masuk kelas sains ke tak. Tapi aku tetap pilih akaun sebab nak satu kelas dengan A. bahaha. Kebetulan kekasih A buat permohonan tukar kelas nak masuk kelas sains. Dia putus dengan awek dia tu sebelum awek dia nak tukar kelas kot, aku rasalah. Dan masa tingkatan 4 tu jugaklah aku putus dengan cinta berukku. pheww. Nasib baik putus. Tak hensem. Bahaha. Perangai dia buruk tau, lega rasanya. 

Dan tingkatan 5 pula, semua single. Aku dah putus asa dah kejar cinta A tuh. Bahaha. Dia tak pandang aku pun, mentang-mentanglah ramai yang suka kat dia dalam sekolah tu. puihh. Aku terus menjalani kehidupan soloku dengan jayanya dan 23 jun 2010 dia mintak nombor aku. Ciss. Kononnya tak layan dah lelaki, tanpa segan silu aku bagi dan kalkulator sebagai orang tengah T_T kelemahan aku waktu tu adalah cepat sangat perasan. Bebajet. Ingat lawa sangat. tsk. Yelah hati tengah kosng waktu tu, minta di isi. kahkah. Aku mesej-mesej je dengan dia, tapi cara dia mesej macam mesej dengan makwe. Bahasakan diri tu 'aku' dah aar, ni tidak, dia bahasakan nama dia. Aku lagilah tak boleh macam tu, nampak sweet kan. Cair terus. Dah lah tunggu dari tingkatan 2. Sadiss betul hidup ini. Tiba-tiba suatu hari tu, hari perkhemahan pengakap aku sebagai urusetia, sedang asyik berbalas mesej dengan dia, satu mesej masuk ada perkataan 'syg'. Sudah. Nampak macam dia mesej dengan orang lain. Eh, kata single. Malam keesokan harinya baru aku tahu dia dah ada makwe lain T_T sekali lagi hatiku hancur. "Husna, ada orang baru masuk dalam hidup aku". hampehh. Masa dua bulan aku terbazir di situ. Berderai air mata sebab terlalu kecewa seperti dipermainkan. sobs sobs T_T Bukan salah dia pun sebab dia tak tahu aku ada hati dekat dia. Salah diri sendiri sebab terperasan lebih. (hantuk kepala dekat dinding bila baca balik, gatal sangat dah kenapa baru sekolah menengah !)

Walaupun dia dah ada kekasih waktu tu, dia tetap mesej dengan aku macam biasa. Macam kawan. Masa hari kantin, pengakap ada bukak gerai, aku haruslah ada terselit jugak dekat gerai tu, yelah aku orang kuat pengakap dulu. bahaha. Dekat gerai kitorang ada jual cekelat homemade tu, ada yang bentuk hati, bunga-bunga. Cantiklah. Kalau nak bagi dekat kekasih memang sesuai sangatlah. Tapi sakit hatilah pulak tiba-tiba A tu jalan-jalan dengan awek dia tu dekat gerai kitorang, aku tak tengok pun, pergi menyorok  belakang gas dekat Khairiah yang waktu tu tengah goreng wedges. Menyampah. Lepastu dia blah, tapi beberapa minit lepas tu datang lagi tapi kali ni tak bawak awek. Dia datang semata-mata nak beli cekelat tadi tu untuk awek dia. Huargh. Menyesal aku join gerai tu. Kalau tak mesti aku ponteng sekolah tidur je dekat rumah hari tu tak perlulah nampak semua tu depan mata. Lepas tu dia datang lagi dekat gerai sorang diri, buat baik dengan aku. Ajak aku ambil gambar dengan dia. Memang tak aar. Sakitnya tuh disini. Mata dah berkaca dah, tak tahan seolah-olah aku tak berperasaan. tsk tsk :'(

Dalam dua minggu lepas tu, dia putus pulak dengan awek dia sebab abang budak tu marah. Cinta tak direstui. padan muka. Bahaha. Aku berkawan lagi dengan dia masa tu, teruskan macam biasa. Dia tak tahu aku suka dekat dia. 31 ogos ajak aku couple. Tercengang sambil mulut ternganga. Bahaha. Aku tak layan. 9 september dia tanya lagi suka dia tak. Tapi aku dah matang sikit, suruh dia tunggu sebulan. Bahaha. Kelakarla. Dan 10 oktober 2010, couple. kahkahkah. Kelakarlah wehh bila ingat balik. kahkahkah. Dia bagi aku cekelat dalam kotak besar bentuk hati. kikiki. Wahh. lagi hebakk dari cekelat yang dia bagi dekat ex dia tu. Tahun 2011 kitorang matrik sama-sama dekat Perlis. Tapi aku kecundang balik ke Diploma, dia dah ijazah sekarang :') Hubungan kekal sampai ke beberapa hari yang lepas dan tak tahu bila akan sambung balik atau mungkin tak sambung dah. Kalau sambung terus nyanyi, 'putus nyambung putus nyambung putus nyambung' bosanlah wehh hidup sedemikian rupa. Eh, tapi lama jugak bersama, empat tahun lebih. Daebakk. 

Sekian cinta pandang kedua ku. So, who's next?

2 comments: