Sunday, 29 March 2015

Bertabahlah

Assalamualaikum,

Selamat pagi *senyum lebar. Semoga perjalanan hari ini baik-baik sahaja dan akan dipenuhi perkara-perkara indah sahaja. Amin. Tapi, pagiku sudah sedikit mengecewakan :( kekadang aku tak pahamlah dengan pensyarah ni. Hurm. Semua yang buruk yang salah, datang dari pelajar. Perempuan mengandung memang macam ni ke, selalu marah-marah, selalu tak puas hati, mengamuk tak tentu pasal. memang macam tu eh? Ke dia je yang macam tu -..- 

Ada lah seorang pensyarah perempuan ni mengajar kelas saya pada semester ni. Dia mengandung. Rasanya baru lagi kot sebab perut dia baru membesar. kahkah. Masa awal-awal semester lima hari tu tak nampak lagi perut dia, barulah tu kot. Kot lah. Selalu kalau dia bagi kerja, memang satu kelas akan siapkan pada masa yang diberikanlah, tak pernah pun tak hantar. Sebab nak jaga hati dialah, satu lagi sebab kami dah tahu perangai dia kalau mengandung sebab dah kenal sebelum ni. Tapi tiba-tiba suatu hari tu, dia minta kerja yang dia bagi. Semua macam terpinga-pinga memikirkan kerja apakah yang beliau maksudkan. Satu kelas tak tahu pun dia minta kerja tu untuk hantar hari tu. Kaku satu kelas sebab dah dapat mengagak perkara yang bakal terjadi selepas itu. kahkah. Mengamuk terus mengeluarkan perkataan yang tak boleh disebutkan disini. Tett. Eh, dia tak takut ke sebut macam tu, kan mengandung. Tak fahamlah. Tahan jelah telinga tambah lagi dengan bebelan. Lepastu blah macam itu saja, satu kelas pergi dekat pejabat dia minta maaf, nampak okay sahaja tapi lepastu dah tak masuk kelas dah. Balas mesej pun lebih kurang sahaja, suka menganjing T_T Kalau saya tahu kerja tu perlu hantar, saya dah buat dah tapi ini tak tahu bukan sengaja. Lagipun sebelum ni mana pernah buat salah, selalu siap je kerja. tsk. Ku bimbang akan kesan subjek ini terhadap pointerku semester ini. sobs T_T

Dulu dia pernah juga mengajar kelas saya, waktu itu dia mengandung juga, pun sensitif. Mengamuk macam sekaranglah. Sebab budak lelaki selalu datang lewat 10 minit, satu kelas kena marah, jejas pointer. haih. Saya pun nggak ngerti kenapa satu kelas kena marah sedangkan yang buat salah itu orang lain. Sebab satu subjek dia je, pointer turun. Dia bagi markah lebih kurang je-..- Tu pun nasib baik lulus. Markah macam telur dihujung tanduk, angin tiup sikit terus gagal. Ewah berfalsafah. Saya pun peliklah, kalau nak cakap perempuan mengandung ni semua macam ni tak boleh juga, sebab ada seorang lagi pensyarah yang mengajar kelas saya yang mengandung juga. Ya Allah tiba-tiba rasa sayang sangat dekat pensyarah tu sebab dia sangat profesional. Kelas A, taraf 10 bintang. Selalu gembira. Kalau membebel pun penuh dengan kasih sayang. tsk tsk. Saya bentang latihan industri dengan dialah. Dia bagi cemerlang :') Kalau buat silap pun dia tegur baik-baik. Sebab dia fahamlah pelajar bukan sengaja tak buat, bukan sengaja nak kena marah. tsk tsk. Bertabahlah. T_T Okaylah. Habis dah luahan hari ini. Eh, rasa-rasa puan tu tahu tak saya menulis pasal dia ni. Tapi saya tak bagitahu nama pun kan.. Lagipun dia tak tahu saya ada belog. kahkah. Kawan yang tahu pun sorang dua je. 


Masih mampu tersenyum walaupun pahit untuk diterima. kahkah.


Dan sempat lagi beli air walaupun puan tu tengah marah dekat pejabat dia. kahkah. Air satu kongsi 7 orang. Memang akan selalu macam ni, picit straw takut dia minum lebih dapat jelly. kahkah. Ini gambar betul bukan saja-saja suruh ambil gambar macam ni T_T 




ps : betul ke Downy tak boleh guna sebab ada lemak haiwan ? betol ke T_T

4 comments:

  1. sy dulu time skola rendah kan, ada sorg cegu ni die mmg agak tegas2 gitu la. suara die pon bole tahan besar. mcm cuak2 jugak kalau die mengajar.

    sekali ada satu hari tu die masuk kelas. pastu time die nak duduk kat kerusi cegu tu kan....."praaaakkk...'

    Kerusi tu patah n die jatuh terduduk atas lantai. Time tu xtau nak gelak ke nak kesian. Dah la die pregnant. Lepas tu sy dah x ingat dah ape yg berlaku. Sbb da lama sangat dulu zaman 90-an rasanya. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkah. kesian dia.. mesti dia malu. hahaha

      Delete
  2. Mai angin kus-kus la tu...mood tak tentu org pregnant ni,,,

    ReplyDelete
  3. Hormon orang mengandung agaknya. Tu yang senang lost-temper. Agaknya lah >.<

    ReplyDelete