Saturday 28 February 2015

Tak lama dah nak final ni

Assalamualaikum

Tadi kemas-kemas nota, asingkan ikut subjek lepas tu buh dalam file siap-siap. Susun cantik-cantik supaya nanti senang nak cari. Tersengih je sebab puas bila semua nampak kemas. Lepastu tiba-tiba teringat, 'eh, hari ni 28 hari bulan, esok dah masuk bulan 3, final bila ek?' . Terus berlari cari note kecil. Alamak, tinggal 40 hari lagi nak final T_T Nangis terus. 40 hari tu termasuk hari cuti, tak lama lagi dah pun. Serabutnya. Tak sedia lagi nak final sebab semester ni nak dapat 4 flat. Wah. Tak pun sebenarnya, nak 3.70 sahaja tapi dalam hati nak juga 4 flat walaupun tahu kebarangkalian untuk dapat keputusan sebegitu sangat susah. 3.70 itu pun belum tentu dapat T_T Bukan apa pun, sebab sekarang semester 5, nak juga merasa ambil sijil anugerah kecemerlangan atas pentas. Bahaha. Dulu waktu semester 1 dah dekan tapi tak ada pun hari anugerah kecemerlangan macam sekarang. PA yang tolong bagi sijil tu sendiri. Tsk tsk. Em em,  esok kelas pukul 8, lepas tu tak ada kelas sampai pukul 3. Penatnya nak kena balik rumah sewa pula sementara tunggu pukul 3, kalau naik van perlu keluarkan duit lagi, jalan kaki penat T_T serba tak kena. Eh, sekarang semester 5, maknanya ada satu semester lagi nak habis diploma. Wah. Rasa macam baru je lagi semester 1. Sobs. Nanti berpisah lagi dengan kawan-kawan diploma. tsk.



3 comments: