Tuesday 3 June 2014

Latihan industri

Dah jun ke?
nampaknya dah tak lama lagi la nak praktikal. hihi^^
tak sabarnya nak habis cuti ni, bosan kot. Tak buat apa-apa pun, eh buat..tapi benda yang tak bermanfaat buatlah. Agaknya macam mana ek kat tempat praktikal nanti? Ada elaun tak? haraplah ada.....teehee ^^ amboi, pikir elaun je ek? eh, haruslah~  macam tak berbaloi je kalau takde elaun. haha. oh, sepanjang satu semester praktikal nanti abah yang tolong hantar, ahahaha. Walaupun agak jauh tempat tu dari rumah. Nak buat macam mana lagi, terpaksalah. hihi, sape suruh tak belikan motor, bukannya tak ada lesen, dah bertahun dah buat lesen tapi langsung tak dimanfaatkan. tsk.
eh, sekejap je masa kan? Dah semester 4, umur pun makin lanjut, rasa macam baru je dapat tawaran belajar Poli. haha, over kau. Klik sini kejap. Tenkiu^^

Err, tak tahulah macam mana praktikal nanti sebab rasanya syarikat tu macam tak ada kaitan sangat dengan course yang belajar dekat Poli nih. Asalnya nak mintak praktikal dekat kilang elektronik, tapi ada ke kilang macam tu dekat Terengganu? tak jumpa pun masa tengah sibuk cari tempat hari tu. Yang banyak dekat Johor dengan Melaka, tapi mak pulak macam tak bagi praktikal jauh-jauh, membazir katanya. Kena sewa rumah lagi, pengangkutan lagi. Eleh, padahal takut rindu bila anak dia yang comel ni duduk jauh. hahahha, malu la tu nak ngaku. teehee.

Takpe ke kalau syarikat yang kite praktikal tu macam tak ada kaitan sangat dengan course? report macam mana? present? markah?? huh. redha saja dengan apa yang bakal berlaku lepas ni boleh tak~ malas dah nak fikir lagi. Okay, klik ni pulak. TQ


Ni lah jurnal untuk buat report hari-hari sepanjang praktikal. Sengaja sampul buku tu sebab nak bagi cantik. hee~ Wajib bawak tiap hari, besar dan tebal tapi takpe saya suka. Sekurang-kurangnya ada alasan kenapa bawak backpack yang macam bag sekolah tu masa praktikal. haha. saya lebih suka guna bag yang macam bag pegi sekolah daripada bag yang mak mak pakai tu, tak sakit bahu, lebih kemas.

Mari tengok Running Man episode 198 ramai-ramai kat sini . k, babai :)


11 comments:

  1. Wahh..dah nak masuk alam pekerjaan. Congrats kak husna. ^_^ btw chaiyok selalu. Huhu

    ReplyDelete
  2. Selamat mengenali alam pekerjaan yea Husna..take care...smoga xkena buli,,,,ihihhi

    ReplyDelete
  3. selamat berpraktikal.. =)

    ReplyDelete
  4. selamat ber LI la gamaknya ye :D

    ReplyDelete
  5. tgk buku minion tu, tringt wktu zaman kecik2 dlu. main balut2 buku. surat khabar pn boleh jd balut buku.hahaha

    ReplyDelete
  6. kalau ada alaun tu bonus la..tapi jangan harap sangat sebb masa praktikal la waktu untuk timba ilmu.. Jadi, bila g praktikal pulun kumpul ilmu banyak-banyak... tu yang paling penting masa praktikal.. anyway, good luck ya

    ReplyDelete
  7. Selamat berpraktikal....jaga stress ada bila bekerja...hehe.

    ReplyDelete