Hari pertama praktikal? Not bad. Saya, sama juga seperti orang lain yang baru menjalani latihan industri, sedikit gusar kerana ini merupakan pengalaman pertama. Tak tahu lagi syarikat tu buat apa, ada kena mengena ke tidak dengan kos yang saya belajar di politeknik. Sebab tempat ni bukan saya pilih sendiri, tapi kawan saya Ja yang cadangkan sebab sepupu dia kerja kat sana. KNS Consultant, electrical & mechanical engineering. Sebab dia ada tulis electrical dekat nama syarikat, saya tertarik. heh.
Semalam siapkan semua yang perlu dibawa ketika lapor diri. Surat penempatan, kad pelajar, jurnal refleksi, resume. masukkan semua ke dalam bag. Oh tidak lupa juga telekung untuk solat. Semangat. Tidur pun tak seperti biasa, lebih awal sebab tempat praktikal jauh, kena bangun awal, lapor diri katanya pukul 8 pagi. Sesampai sahaja, Ja dah ada. Tunggu depan tangga. Haha. orang baru lagi, kena la pergi sama-sama. Tunggu depan pintu pejabat sama-sama. Gelap. semua orang tak datang lagi.
Dekat pukul 9 baru ada orang datang, ajak kami masuk. Disuruh duduk, duduk je mana-mana. Haha. 15 minit lepas tu 2 orang lagi baru sampai. Bila ditanya tentang lapor diri, dia cakap takpe, duduk dulu. senyum-senyum, gelak-gelak, buat lawak lagi, sambung kerja dia, tanya kami dari mana, pastu sambung buat kerja lagi. Ja tanya dia, "nak kena buat apa-apa tak ni", dia tanya "dah nak buat kerja ke", Hahaa. Dia suruh rehat dulu, tengok-tengok pejabat. I okay je. lepas tu rehat, makan, solat. Pastu rilex lagi. Tidur. teehee. Jam nak dekat pukul5 baru dia suruh buat kerja sikit, susun pelan. Pelan electrical dengan mechanical. Itu sahaja untuk hari ini. Pekerja dekat situ cakap, hari ni bos tak ada, rehat la dulu. sekian.
klik sini
Dah nak masuk dunia pekerjaan.. good luck...
ReplyDeletehoho, tapi belum habis bljr lg^^
Deleteoh.. student electrical juga ke? hehe. good luck! saya baru habis intern sem lepas ^^,
ReplyDeleteHello, thanks for posting this
ReplyDelete