Saturday, 23 December 2017

Cemburu

Hi, assalamualaikum gais,

Actually aku baru sampai ganu ni, fuhh perjalanan yang panjang dari Johor ke sini semalam. Aku gerak dari Johor pukul 9:40 malam dan sampai rumah pukul 7 lebih tadi. Kali ni balik dengan adik aku. Perasaan bila kat rumah ni lain macam, seronoknyaaa. Kat luar sekarang cuaca mendung je, dan sejuk. huhu. 

sigh

Aku kan selalu kalau duduk sorang aku akan fikir, sampai bila hidup aku nak macam ni. Yelah, bangun pagi siap-siap pergi kerja, kerja pulak yang aku tak minat, pastu balik pulak kadang petang kadang malam baru balik, pastu malam tengok tv then tidur lagi then ulang benda sama sampai cuti hujung minggu. Cuti pulak aku takde aktiviti yang menarik selain tidur. hmm. Selalu masa drive balik kerja tu la aku akan fikirkan benda ni. Dan aku akan termenung sorang, Sampai bila? Aku sendiri tak tahu apa yang aku nak dalam hidup. Aku cemburu dengan kejayaan orang lain. Selalu akan tanya diri sendiri, macam mana orang lain boleh berjaya. Ada kunci tak untuk aku nak dapatkan semua tu. Dan masalah utama aku adalah cemburu. So aku rasa aku tak patut ada instagram, twitter, etc sebab tu lah punca utama aku rasa down dengan diri aku. Kalau tengok orang dekat socmed, diri sendiri akan rasa insecure. hmm. Tengok orang cantik, senang dapat duit semua walhal aku tak tahu pun dorang tu betul-betul cantik ke tak sebab benda sekarang boleh nak edit gambar bagi cantik kot, boleh make up tebal. Dan aku paling cemburu bila tengok orang yang belajar kat poli sama dengan aku dulu dapat sambung belajar. Yelah, aku kenal dorang dan aku tahu result dorang semua, tapi dorang dapat sambung tapi aku tak. Ya, tu semua rezeki tapi aku sedih la. Tu impian aku. hmm. 

Mungkin aku kena belajar untuk tidak perlu ambil tahu pasal orang lain, dan terus berusaha untuk diri sendiri. Pedulikan orang lain sebab tu rezeki dia. kan? Tapi susah jugak. Haih

2 comments:

  1. hi awak. hehe
    biasalah kita ada rasa cemburu tngk dia berjaya dan banyak bnde lagi,normal kan.saya pun mcm tu,takpe ambil smua tu sebagai semngat untk trus maju yer husna. saya doakan husna berjaya dunia dan akhirat aminn.

    ReplyDelete