Assalamualaikum.
Saya sebenarnya bukanlah peminat novel. Tak suka sangat kalau membaca buku tebal-tebal macam tu. Tapi saya suka baca surat khabar, majalah, kalau novel memang tak suka. Memang jenis macam tu tak suka membaca. kahkah. Saya suka kisah benar, tapi buku sejarah walau cerita betul pun tak suka juga sebab bosan. hewhew. Sorry. Saya pernah cuba baca novel nak tahu juga apa yang seronok sangat dengan novel tu. Novel first yang saya baca 'bicara hati' kot. Yang dia buat cerita dekat astro tu, pelakon dia kris cempaka. Cerita tak best pun macam novel. pfft. Banyak mengarut, dia buat lain dari novel, banyak tambah-tambah tapi macam mengarutlah. Nak tahu tengok sendiri, tapi cerita ni beberapa tahun lepas dah, try google la. Tapi novel dia boleh tahan best. Masa tu umur saya baru darjah 6 kot lepas upsr dah, pinjam dengan jiran. kikiki. Itu la novel pertama yang saya baca dan lepas tu tak baca lagi dah. Orang lain kalau yang betul-betul minat novel, fuhh baca sekejap je, kadang tak sampai sehari pun boleh habis satu novel yang beratus-ratus muka surat tu. pergh. Dasyat. Saya ni seminggu pun tak habis lagi. hewhew.
Lepas tu dah ramai pulak yang buat cerita adaptasi dari novel, kayo penulis. kahkah. Lepas buat cerita, novel tu akan laris dijual sampai banyak kali kena cetak. Normal. Yang dekat slot akasia tu banyak adaptasi dari novel. Saya memang tak layan sangat tv3, kalau dekat rumah tengok warna je, dengan 393 layan korea, kalau berita pun tengok awani. Kikiki. Jarang sangat tengok tv. Sebab dekat rumah sewa tak ada astro, kalau bosan buka juga tv, tengok berita pun tv3 ngn tv9 T.T Lepastu memang layan tv3 jelah, sebab tu terlayan juga akasia. Tapi tengok juga, bukan semua cerita tengok. Haritu ada juga layan teman lelaki upahan kejap pastu bosanlah. Haha. Eh, tiba-tiba hati perempuan keluar, wah bukan main lagi pelakon dia, baru, ada rupa, sepadan. Kahkah. Lepastu kebetulan ada housemate sekepala, best. Memang tak tinggal cerita tu. Pastu cakap kat housemate, nanti cuti aku nak beli novel hati perempuan. kiki. sampai macam tu sekali. Tunggu cuti dulu baru nak beli sebab nak guna baucar buku. Dekat Dungun tak ada kedai yang boleh beli novel guna baucar, buku ilmiah semata-mata. pffft. Buku ilmiah apa je yang budak politeknik boleh beli. Cer kabo. Dah lah expired 30 Jun. Kebetulan dekat K.terengganu ada satu kedai buku yang bagi beli novel guna baucar buku, hewhew. Kedai buku tu sepupu mak punya. nasib baik.
Pertama kali ni nak bazirkan baucar dengan beli novel, biasanya tak ada ruang pun untuk beli benda yang tak berfaedah. Mesti rm250 tu habis dengan alatulis, boleh guna untuk 3 tahun semua tu, lepastu beli buku latihan adik-adik nak cukupkan rm250, sekarang sampai tak tahu nak beli apa sebab untuk buku ilmiah sahaja T.T Hari pertama cuti ajak mak pergi kedai buku tu nak beli novel tapi minta mak tanya sepupu dia dulu ada tak novel Hati Perempuan, dia cakap dah habis pulak tunggu stok baru sampai T.T menyampahlah. Semua kedai nak habis dah kenapa. Lepas tu minta sepupu mak simpan satu untuk saya bila stok baru sampai. kikiki. Dua minggu lepas tu dia call kata novel dah ada. yeay. Jadi hari sabtu pergi kedai tu ambil buku, nasib baik suruh simpan sebab dah habis, stok yang sampai semua orang dah tempah. hewhew.
puas hati. Pertama kali beli novel ;))
Aik, drama dah nak habis, baru beli novel? Ni mesti tak puas hati dengan Yuhanis ni, hehe :D *Joking je*
ReplyDeleteDah lama nak beli, tp pergi kedai semua cakap habis, siap kena booking lagi. bahaha
Deleteakak minat baca novel...satu hari boleh habis baca...hehehe..tapi disebabkan banyak sgt novel diadaptasi..so beli novel yg tak diadaptasi lagi..
ReplyDelete