Wednesday, 21 January 2015

KENAPA PERLU ADA RASA BERSALAH SETIAP KALI JAWAB TEST MATEMATIK??

KENAPA ?


KENAPA ??

KENAPA ???

Kalau dikaji balik, saya bukanlah spesis yang dari golongan bijak pandai, yang tahu semua benda dan 4 flat setiap semester. Bukan bukan. Tidak sama sekali. Tetapi, saya cuma punya sedikit kelebihan dalam pengiraan subjek matematik. Matematik je pun. Memanglah "matematik je pun". Tetapi sedikit terkilan apabila sebab "matematik je pun" boleh buat saya rasa tidak selesa setiap kali menjawab test atau kuiz. Perasaan bercampur baur. Memang wajib setiap kali ada test atau kuiz, saya akan bersungguh-sungguh membuat ulangkaji sebab itu sahaja pun subjek yang saya boleh target lebih. Selainnya semua subjek perlu menghafal. Otak kanan bukan senjata saya. pheww. Tetapi ada juga spesis yang suka dengki dengan kelebihan orang lain yang hanya punya lebihnya sedikit itu. sobs. Setiap kali ada test atau kuiz mesti akan rasa kurang senang dengan kawan lain yang tak dapat jawab dengan baik. Mesti, mesti dan mesti akan tertanya, "salah ke kalau aku pandai sedikit math dari orang lain?". tsk tsk. Sebab kalau markah saya paling tinggi, mesti ada yang tak akan tegur saya lagi. Mesti ada. Apa yang seharusnya saya buat supaya orang lain puas hati? bagi jawapan yang salahkah supaya markah satu kelas sama semua? Atau ponteng tiap kali ada kuiz atau test supaya semua orang puas hati markah saya kosong? atau, atau, atau berhenti belajar?. Bodoh susah, pandai susah. Bodoh dipijak pijak. Pandai orang dengki, silap hari bulan kena santau. Sudahlah. Banyak lagi benda penting yang lebih layak duduk dalam kepala ni daripada masalah melayan kerenah orang macam ni. Sabtu ni sepupu kawin lagi. haih. hashtagsepupukawinkoyangstress hashtagkodahkenapa. Cikidaut. Esok kelas pukul 9. hewhew. Alaaa. ada bengkel projek lagi esok, present projek lagi dekat penyelia, khamis kuiz lagi, lepastu nak kena hantar lab report lagi. Alamak, ada lagilah. Encik Saiful nak tengok kertas kerja! kertas kerja program fiber optic! huargh. Tarik nafas panjang-panjang... hembus... tarik... hembus... Banyaknya kerja. sobs sobs. 


5 comments:

  1. Replies
    1. mencuba juga utk terus bersabar. hewhew :))

      Delete
  2. *tarik nafas dalam-dalam & hembus dengan sepenuh hati*
    Good luck & all the best =)

    ReplyDelete
  3. istigfar sis... ia blh tenangkan kita menjawab soalan...

    ReplyDelete