Bahagia sekejap sahaja. Tak lama pun. Siang senyum sampai ke telinga, malam berita tak sedap pula sampai Haih. Apa lah nasib. Nasib nasib-- memang nasib. Bukan teruk sangat pun berita ni, tapi tetap tak sedap di dengar. err. Tiba-tiba pula ada housemate tak jadi duduk rumah sewa. Boleh pula hari ni dia dapat asrama. Buat rayuan rupanya dia. Kenapa tak bagitahu awal-awal. Urgh. Hari tu bukan main lagi haa masa nak minta duduk sekali, sebut 'confirm' lagi. Tak menahan. Sekarang boleh pula nak keluar macam tu je. Saya tak marah awak nak duduk dekat mana-mana pun awak pergilah. Tak halang. Tapi jangan janji boleh tak ? Janji palsu gini namanya. Cakap tak serupa bikin. Sekarang dah menyusahkan orang lain kena cari lagi 2 orang untuk tambah masuk rumah sewa.
Rumah sewa bukan murah dik oi. Kami bayar guna ptptn tau, bukan duit makbapak. Minggu depan dah mula kelas, ada lagi ke orang yang tak ada rumah sewa minggu akhir ni. Mustahil. Kalau ada pun yang tiba-tiba rasa tak nak duduk asrama. Itu saja harapan. Sekarang dalam kepala fikir nak potong wifi, jimat seratus. Tapi itu keperluan. Seratus, kongsi 6 orang. Ya, 6 orang sahaja. Sepatutnya 8 orang. Tak pening kepala fikir duit sewa. Sekarang tak tidur lena lagi lah jawabnya. Padahal masa praktikal lagi sibuk cari orang untuk penuhkan rumah, takut nanti kelam-kabut kalau lambat cari. Bila dapat, benda macam gini pula jadi. Sobs sobs. Yelah, yelah kita merancang. Paham. Tapi tolonglah jangan pentingkan diri. Boleh? Jangan fikir kau je. Buat sesuatu keputusan, tolong fikir akibatnya sekali, untuk diri sendiri dan orang-orang berkenaan. Macam sekarang, kan dah menyusahkan.
ps : ni sepatutnya entri semalam, lupa nak tekan publish. behehe.
susah kan
ReplyDeletememang menyusahkan. tsk tsk.
Deletemaybe ada lagi yang tak jumpe rumah sewa. cuba lagi cari. kalau boleh, cari jugak orang yang bekerja.
ReplyDeleteTapi masalah jugak, tuan rumah nak pelajar je. haih.
Delete