Friday, 6 December 2013
tak kenang jasa
Dua hari lepas , kawan pada rumet aku call . dia cakap nak tumpang tidur kat rumah sewa kami satu malam sebab dia tak dapat asrama . Sepatutnya semester ni dia kena pergi praktikal , tapi disebabkan dia banyak repeat jadi jam kredit dia tak cukup untuk pergi praktikal jadi terpaksalah dia praktikal sem depan . Dia pulak baru daftar kursus hari selasa , hari khamis kena masuk klas . Asrama pulak tak dapat . dia pon menumpang la semalaman . kitorang duk 3 orang sebilik , kalau kawan rumet aku tu tidur bilik kitorang macam serabut cket , jadi rumet aku dengan baik hatinya tidur kat luar dengan kawan dia . Keesokan harinya , dia pergi kelas sama sama ngan rumet aku tuh , balik pon sama sama gak . kebiasaannya rumet aku tuh kalau pergi dan balik klas tumpang classmate dia tapi semalam disebabkan kawan dia tu ada , rumet aku terpaksa balik jalan kaki . takkan nak ajak kawan dia tu tumpang kereta orang kan ? pastu sampai je kat rumah sewa , aku , jaa dan rumet aku packing barang sebab nak balik kampung . tiap hari khamis memang kitorang macam tu , lepas balik kelas , terus packing barang , sebab takut lambat mesti takdok bas , balik bertiga . tapi semalam kitorang kemas barang tapi kawan dia tu rehat lagi , baring baring main fon , rumet aku tu dah banyak kali tegur , suruh dia bersiap . orang solat , dia rehat lagi . lepas kitorang siap , baru terhegeh hegeh nak g berwuduk . sabor jelah . pastu macam biase call pok ayub suruh hantar kat stesen bas , sampai je sana lepas turun dari van , terus tak nampak kawan rumet aku tu . cari punya cari dah ada dalam bas dah . bas pulak dah penuh . tinggal kitorang gitu je ? nak mintak tolong bukan main lagi , lepas dapat terus tinggal macam tu je ? patutlah aku tengok dia selalu sorang sorang macam takdok kawan . dah dapat agak dah kenapa dia selalu sorang , mungkin sebab perangai dia macam tu . haih . janganlah buat macam tu , nanti orang dah taknak tolong dah . biar susah sorang2 .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment