Friday 29 November 2013

AJAL


semalam 28/11/13 aku dikejutkan dengan berita kematian seorang pelajar politeknik Dungun . mereka terlibat dalam kemalangan betul-betul depan pintu masuk ke politeknik . usia 18tahun . agak terkejut sebab aku kenal budak tu , happy sokmo  . sorang meninggal kat tempat kejadian orang selangor , sorang lagi masih berada di hospital parah dikepala akibat terkena hentakan kuat orang kelantan . sama batch dengan adik aku , baru nak masuk sem 2 . Al fatihah . ajal tak kira masa , tak kenal usia . mana tau harini kita pulak . sebab tu kena selalu beringat , takut tak sempat nak bertaubat . haih , debor . banyak sangat dah dosa . pahala belum tentu ada .
sebenarnya jalan depan poli tu memang sibuk giler sebab tu jalan utama . aku pun nyaris nak kena langgar haritu dan disebabkan berita kematian semalam , ayah aku dah tak jadi nak bagi aku bawak motorsikal . depan poli tu mana ade jejantas . memang nak melintas kena guna jalan raya tu jugak . dah tau bahaya buat la jejantas , tak habis punya duit tu setakat nak buat jejantas .

https://www.youtube.com/watch?v=sbmXpPyGRb0

No comments:

Post a Comment