Friday, 29 November 2013

nok kurus

Buat lama-lama pun takpe program anak angkat tuh . duk kat rumah tak sampai seminggu dah gemuk .
nak kurus bukan main susah lagi . duk 2 minggu kat rumah mokyah (mak angkat) langsung tak makan nasi , makan kuih pagi je , turun jugak 3kg . duk rumah makan tak kira masa , sebabnya dah takde kerja . Ni yang nak kena beli produk Herbalife ni , macam cepat je kurus .  kat sana pukul 4 pagi dah kena kejut dah , tolong mokyah bungkus nasi , air . lepas subuh dah bertolak pergi paka jual kuih , nasi , air kat tepi jalan kat kawasan perindustrian kerteh tu .
pagi-pagi lagi pelanggan dah datang . kalau lambat mokyah jual kurang la sikit pendapatannya.


yang kiri ayoh angkat , kanan tu jaa , kawan aku . menyibukkan diri . haha

actually , pelanggan mokyah memang ramai gila , sampai tak menang tangan dibuatnya . time pelanggan ramai sangat tak sempat pulok nak snap sebab aku kena tolong bungkuskan makan untuk diorang .
report untuk program anak angkat dah siap dah , duit bila nak masuk ? lambat. haritu cakap lepas submit report dapat pitih , mana ? dengan PTPTN tak masuk lagi . kocek kering .


AJAL


semalam 28/11/13 aku dikejutkan dengan berita kematian seorang pelajar politeknik Dungun . mereka terlibat dalam kemalangan betul-betul depan pintu masuk ke politeknik . usia 18tahun . agak terkejut sebab aku kenal budak tu , happy sokmo  . sorang meninggal kat tempat kejadian orang selangor , sorang lagi masih berada di hospital parah dikepala akibat terkena hentakan kuat orang kelantan . sama batch dengan adik aku , baru nak masuk sem 2 . Al fatihah . ajal tak kira masa , tak kenal usia . mana tau harini kita pulak . sebab tu kena selalu beringat , takut tak sempat nak bertaubat . haih , debor . banyak sangat dah dosa . pahala belum tentu ada .
sebenarnya jalan depan poli tu memang sibuk giler sebab tu jalan utama . aku pun nyaris nak kena langgar haritu dan disebabkan berita kematian semalam , ayah aku dah tak jadi nak bagi aku bawak motorsikal . depan poli tu mana ade jejantas . memang nak melintas kena guna jalan raya tu jugak . dah tau bahaya buat la jejantas , tak habis punya duit tu setakat nak buat jejantas .

https://www.youtube.com/watch?v=sbmXpPyGRb0

Wednesday, 27 November 2013

penangan camera360


halaman rumah

pantai belakang rumah Jaa



merchang ,terengganu . cantik sangat . 
14 nov 2013
Gambar ni aku snap masa baru balik dari umah mak angkat , mak ngn ayah angkat yang hantar dekat sini . aku tumpang rumah Jaa dulu sementara tunggu adik aku datang nak ambil aku . aku suruh diorang hantar kat sini je sebab rumah aku jauh lagi , kesian pulak kat diorang .
Dan , ni mereka datang ambik aku . ayah aku kerja & mak aku ke sabah . sebagai upah , aku belanja diorang makan nasi ayam dekat Seberang Marang . sedap . 

Okay then .

Friday, 22 November 2013

mulut longkang

orang kata ,
cakap siang pandang pandang , cakap malam dengar dengar . okay ?
jangan fikir semua orang macam kita . Lain orang lain caranya . heh
orang tak sebodoh awaklah . Take note .

kalau nak cakap orang tu penting diri , aku rasa memang semua orang pon pentingkan diri kan ?
ke tak ?

KAWAN

aku dah bosan bergaduh dengan kawan sendiri .
dah bosan putus kawan . dari zaman sekolah menengah , matrik pastu sekarang kat politeknik pulok .

bosan

semuanya sebab tak puas hati , tak boleh terima salah sendiri , suka salahkan orang lain , suka mengata , dengki , pentingkan diri sendiri . dari dulu sampai sekarang , kenapa aku mesti jumpa orang macam ni ?

aku bosan

budak sorang ni pernah jadi kawan baik aku suatu masa dulu , tapi gaduh sebab perangai dia . 
samalah macam tadi , suka gunakan orang untuk kepentingan diri . selfish . nak lebih . tapi aku sabar sekejap je , lama-lama dia naik kepala . tak boleh terima diri tu salah . hurm :(

kawan 
macam-macam ragam . 

kadang-kadang orang yang kita tak suka dululah akan jadi kawan yang baik .

dear friends ~

awak ,
lain kali kalau nak mengata biarlah tahu kisahnya . jangan ikut sedap mulut je . tak tahu , buat cara tak tahu .
duk diam-diam . daripada tambah dosa .
aku yang alami , aku tahu lah .
kau tu cuma dengar je dari mulut orang , nak masuk campur buat apa kalau tu bukan masalah kau .
kau tak rasa apa yang kitorang rasa boleh lah nak cakap macam-macam .

orang tetap akan nampak buruk kita walaupon kita pernah buat berjuta kebaikan .


Thursday, 21 November 2013

LEGA

bengong
haha
dapat markah rendah tapi boleh cakap lega .
hurm . sedih sikit .
tapi ,
alhamdulillah tak dok repeat .
matlamat pon tercapai.

syukur , alhamdulillah ..
Allah tolong.
result turun mendadak , tu lah tak belajar sangat . happy sangat dapat pointer tinggi sem 1 lepas , kan dah turun . heh

sem depan usaha lebih la gamoknye.

Tuesday, 12 November 2013

INDAH KHABAR DARI RUPA.

 ni la rupa rumah mak angkat kawan aku tuh .









cantik tak ?

p/s : rumah ni dah 5 tahun tak berpenghuni .

Monday, 11 November 2013

"don't judge a book by it's cover"

Betol lah kata orang ,
don't judge a book by it's cover

aku ingat aku paling teruk
tapi kawan aku dapat lagi teruk

semalam aku rasa menyesal gile datang program anak angkat ni , sebabnya bosan. tak ada kawan .
pastu aku try bagitahu mak angkat aku , aku nak duk dengan kawan aku . rumah  mak angkat dia dekat je dengan aku .
nasib baik dia paham .
jadi aku buat perjanjian dengan dia . minggu ni aku tido rumah mak angkat kawan aku , minggu depan kawan aku tido rumah dia pulok . petang tu dia hantar aku .

oke , aku happy .
jumpa kawan (jaa) , jaa pon happy sebab ada teman . jadi kami sama-sama happy . ahhaha
mak angkat aku sedih , hihi . dia bagi aku duit , aku dah cakap tak payah susah susah , layan aku macam anak sendiri dah la , tp dia kesiankan aku .

mak angkat kawan , kak pah . kak pah suruh hantar aku kat kedai dia sebab rumah x ade orang .
kedai makan dia kedai biasa je , buka tengahari sampai malam . aku duk kat kedai dia sampai pukul 11 . malangnya , dia buat kami macam pekerja tak berbayar .
suruh buat macam macam .
pekerja dia sorang je , kak zah . kak zah tulah yang buat semua kerja, masak , buat air , basuh pinggan , semua dia buat . kak pah ni kadang kadang dia yang buat air kalau kak zah tengah masak .
sungguh ,
kami rasa macam murah sangat harga diri ni , kalau budak muda datang dia bagitahu la pasal jaa kat diorang , macam nak buat pelaris kedai dia . pastu aku bagitahu kat dia pasal nak ajak jaa tido rumah mak angkat aku minggu depan , dia pulak macam berat sangat nak bagi . nampak permainan dia .

pukul 11 dia hantar kami balik rumah dia , dia sekeluarga tido kat kedai , aku tido dengan jaa je kat rumah dia . rumah tu besar jugak , dan dia dah lama x tido kat situ , 5 tahun oke , balik rumah untuk basuh pakaian je .
bayangkan , dia suruh aku 'berdua' tido situ , sekali lagi aku ulang 'berdua'! .
makcik , tolong ingat sikit , kami ni perempuan , rumah ni macam susah nak kunci , besar , kalau jadi apa apa gane ? aku pon suruh anak dia tido sekali . mana tak takut kalu dah tinggal 5 tahun pastu tiba tiba nak suruh kami tido situ 2 orang. tu nasib baik aku datang , kalau tak jaa dah tido sorang sorang dah , kesian . dia cakap kalau ada apa apa berlaku call dia , jaa tanya dia kenapa ? dia cakap tak ada apa apa . tapi anak dia sendiri pon macam takut nak duk sini . oke faham .

entri seterusnya aku akan upload gambar rumah dia .


Sunday, 10 November 2013

WISE

women in social enterprise
program anak angkat yang dianjurkan oleh politeknik
bosan
sumpah
sangat bosan .
bayangkan kita sorang sorang duduk dengan keluarga orang yang kita tak pernah kenal
tak tahu nak buat apa
sungguh
rumah felda
kerteh 4

tak sabar nak 21 haribulan
nak balik
rindu keluarga
nak keluarga sendiri
tak nak keluarga angkat
nak makan pon tak lalu
 sobs :(

Saturday, 9 November 2013

#throwback

SEMESTER 1

bersama sama mereka , panjat bukit PSMZA .


mine (ex rumet) , bella yati (ex jiran bilik) dan saya :)



yesterday is the most beautiful history . 
keep smile :)


Friday, 1 November 2013

sahabat

Teringat zaman matrik dulu , huhu
kawan ajak balik rumah dia time hujung minggu , dekat Penang.
Satu-satunya kawan matrik aku sampai sekarang , wani.
Dia paksa aku tulis surat hantar kat HEP , nak ikot dia balik . Time tu giliran budak lelaki outing , kenalah tulis surat . Matrik tu ada giliran outing , jadi xdok peluang la kalau nak keluar berdating .
suka gilak time tu , lepas je abis klas hari jumaat tu terus balik bilik , packing barang .
Dalam pukul 4 naik teksi pegi KTM . Tiket ke Butterworth pukul 7 tapi kena pegi awal sebab kalu lambat tak dapat tempat duduk , terpaksa berdiri 3jam . Nasib baik beli tiket cepat , dapat jugak tempat duduk . Kami sampai Butterworth dalam pukul 10 , ayah wani dah tunggu kat sana .
Kampung wani dikelilingi sawah , cantik sangat .

Pelik kan nama kampung ni ? hee..
 wani ajak aku jalan-jalan kat kampung dia , naik motor . ahhaha . Pastu beli keropok lekor , makan kat tepi sawah sebab kalau makan kat rumah nanti adik dia nak . haha
Hari ahad kitorang balik matrik , ayah dia belikan tiket bas untuk aku sekali , dia belanja . malu . Tiketnya aku simpan lagi sampai sekarang .
Masa nak naik bas tu , mak dia siap kiss pipi aku lagi , ahaha . terharu . 
p/s : terima kasih makcik , pakcik sebab layan saya dengan baik selama 3 hari tu .

Sit kami depan sekali , yang belakang driver tu . hee~
Sesampai je kat Kangar , terus perut lapar . wani pulak mengidam nak makan KFC , nasib baik ade KFC kat situ . kitorang sengaja cari tempat duduk yang jauh dari orang , pastu makan sampai lebam . muka comot pon tak kesah sebab takdok orang nampak . hehe .. lepas perut kenyang , call teksi untuk balik matrik . 

pengalaman yang sangat bernilai bagi aku , terima kasih wani . budi baik hang aku kenang sampai bila-bila . 



31 oct 2013

berakhir sudah final exam , maka berakhir jugalah pengajian semester 2 .
macamanalah result sem 2 nanti . macam tak boleh nak berharap sangat , soalan susah . gane ni ?
study semangat , tapi bila soalan depan mata , tiba-tiba blur~~ 
takut , takut pointer jatuh . haih , payoh la gini .
haih , semiconductor devices aku ceraikan kau talak 3 !
sakit hati bile ingat semalam.
nak undur masa dah tak boleh .
redha je , apa-apa pon aku dah usaha.
sekarang tawakal je . Kalau result tak brape nak oke , anggap ujian untuk aku supaya lain kali jangan study last minit ,. Fokus belajar , jangan banyak main . umur dah 20 . haih


bersabarlah wahai hati -